Rabu, 5 September 2018

Jom Cantik dengan Teh



Kak Lyn percaya ramai yang tahu manfaat hampas teh adalah bagus merawat kulit. Namun, ramai tak yang mempraktikkan penggunaan hampas teh dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit?

Mungkin jika korang tahu manfaat sebenar hampas teh, korang tidak akan membuangnya begitu sahaja tanpa memanfaatkan khasiatnya terlebih dahulu. Teruskan pembacaan jika mahu tahu lebih lanjut!

1. Awet Muda



Setiap wanita pasti berasa takut wajah kelihatan tua sebelum usia. Bertenang ya. Hampas teh mampu membuat kulit korang lebih tegang.

Caranya: Hanya perlu sapukan hampas teh yang masih lembab ke serata wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh membantu menegangkan kulit serta melawan tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kedutan.

2. Menghilangkan Mata Panda!


Lelah bekerja seharian di pejabat boleh menyebabkan timbulnya kantung mata seperti mata panda! Selain krim mata, kandungan antioksidan dalam teh dapat megurangkan pembengkakan di sekitar kawasan mata.

Caranya: Celupkan kantung teh ke dalam air sejuk dan tekap pada mata, biarkan beberapa minit, lalu dibilas dengan air bersih.

3. Jerawat Muncul? No Hal Lah!


Daripada membazir hampas teh begitu sahaja, apa kata korang campurkannya dengan sedikit air dan oleskan pada kawasan berjerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam sehingga bersih.

Lakukan setiap hari supaya jerawat mengecut lebih pantas. Kandungan katekin dalam teh dapat melawan bakteria penyebab jerawat. 


4. Mengawal Kulit Berminyak


Selain mengurangkan jerawat, hampas teh bermanfaat mengatur keseimbangan kadar gula yang mempengaruhi penghasilan kelenjar sebum, sekali gus menyebabkan minyak berlebihan.


Caranya sama seperti kaedah merawat masalah jerawat, tetapi disapukan ke seluruh wajah.


5. Boleh Dijadikan Skrub Muka!


Tekstur hampas teh yang kasar boleh dimanfaatkan untuk menanggalkan sel mati selain menghapuskan kotoran dan debu pada wajah. Malah, ia sangat bagus untuk
 menghaluskan kulit wajah serta mencerahkan.

Caranya sama macam skrub muka dan urut sekitar 5 -10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Tapi ingat! Jangan terlalu rajin sampai buat lebih dari dua kali seminggu ya. Ini bagi mengelakkan lapisan kulit menipis.

Bagi mengelak masalah kulit, elakkan daripada menggunakan hampas teh yang sebelumnya telah bercampur dengan bahan lain seperti gula, susu dan lain-lain.

Mudah dan murah bukan? Semoga berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan