Isnin, 24 September 2018

Awak Dengar Saya Tak?

Setujukah kiranya saya katakan mudahnya penjahat digital mendapatkan wang hasil titik peluh kita dengan menggunakan telefon? Pada zaman ini, kita tidak boleh mengabaikan panggilan yang masuk ke dalam telefon kita. Tapi kadangkala susah pula untuk mengetahui panggilan itu benar atau palsu.

Jika pemanggil bercakap dengan anda mengenai salah satu perkara di bawah, anda berhak berasa curiga.
  • Meminta data perbadi (seperti nombor kad pengenalan atau nombor kad kredit) untuk mengesahkan identiti anda.
  • Mengarahkan anda menghubungi semula ke nombor yang berlainan dan bukannya nombor yang terpapar di ID pemanggil.
  • Memaklumkan anda telah memenangi hadiah/pertandingan atau barangan berharga tetapi anda perlu berikan maklumat akaun bank atau membuat pembayaran untuk memudahkan proses tuntutan.
  • Memaklumkan anda mempunyai bayaran tertunggak atau saman yang perlu dibayar pada hari yang sama untuk mengelakkan tindakan undang-undang.
  • Mereka mahu anda mengesahkan kod PIN yang dihantar ke telefon walaupun anda tidak melakukan sebarang kemaskini akaun, servis ataupun profil.

Menurut pakar sekiranya anda menerima panggilan telefon dengan talian kurang jelas dan bertanyakan 4 perkataan ini, "Awak dengar saya tak?" Letak telefon terus! Tidak perlu layan panggilan itu kerana kemungkinan besar ia merupakan panggilan scam atau fraud

Terdapat siasatan dari beberapa kes yang pernah berlaku, tujuan soalan itu ditanya sebab mereka mahukan perkataan "Ya" yang keluar dari mulut anda. Jika mereka berjaya merakam perkataan itu, mereka boleh gunakan voice signature tersebut untuk tujuan perjanjian verbal. Malah lagi teruk apabila mereka boleh menggunakan suara anda untuk menembusi ke dalam akaun peribadi.

Apakah yang perku dilakukan sekiranya anda mnerima panggilan seperti itu?

1. Pastikan anda merakam perbualan telefon menggunakan telefon pintar sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah. Telefon pintar boleh melakukannya melalui tetapan telefon atau install aplikasi untuk tujuan ini. 

2. Tanya nama dan jawatan mereka termasuk nama organisasi yang lengkap. 

3. Minta butiran lengkap sebab-sebab mereka hubungi anda; jika berkaitan hutang tertunggak, minta nombor kontrak, tarikh ia ditandatangani, jumlah bayaran, alamat yang disenaraikan di dalam kontrak dan lain-lain berkaitan. 


4. Jika anda yakin panggilan itu adalah palsu, buat laporan polis dan sediakan rakaman telefon atau sebarang nota yang telah dicatat untuk memudahkan siasatan pihak polis. 

5. Sentiasa peka berita sindiket penipuan terkini dan beri perhatian terhadap pesanan khidmat masyarakat dan maklumkan daripada pihak penyedia perkhidmatan anda. 

Seeloknya kita mengambil inisiatif untuk melindungi diri daripada penjahat digital ini 
daripada menjadi mangsa sembelihan sindiket penipuan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan