Isnin, 3 September 2018

Alamak, Lauk Tak Cukup !!

Minggu lepas Kak Lyn berkampung 3 hari di Ipoh, Perak kerana kenduri kahwin sepupu rapat. Majlis dijalankan cukup meriah. Tapi terdengar sok-sek dari jiran-jiran tuan rumah makanan untuk tetamu tidak cukup. Alkisahnya, keluarga sepupu upah katering saja untuk memudahkan kerja mereka tapi lain pula jadinya. Terpaksalah tuan rumah mencari lauk di luar untuk dijamu kepada tetamu yang datang kemudian. 
Kebanyakkan daripada kita mungkin agak susah untuk mengagak kehadiran sebenar bilangan tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan itu. Lebih-lebih lagi sekiranya korang menggunakan khidmat katering dalam menyediakan makanan untuk tetamu. 
Selalunya pihak katering yang disalahkan kerana tidak melebihkan makanan untuk tetamu. Kak Lyn sempat bertanya pada krew katering atau pembantu katering yang menguruskan majlis itu. Katanya mereka sudah sediakan makanan mengikut tempahan yang pihak tuan rumah tetapkan. Malahan mereka sudah lebihkan makanan dalam 10% untuk tuan rumah.
Kataya lagi, rata-rata yang mereka jumpa menghadapi masalah ini adalah tuan rumah yang tiada pengalaman mengadakan majlis perkahwinan. Kalau pernah buat majlis perkahwinan pun tapi masih belum tahu formula sebenar yang pihak katering gunakan untuk mengira jumlah kedatangan tetamu.
Di sini, Kak Lyn kongsikan formula untuk membuat pengiraan tersebut :
                                                                   Sila klik gambar 

Daripada formula ini juga, korang boleh membuat anggaran berapa jumlah kad jemputan perkahwinan yang perlu dicetak.
Tapi, INGAT!!
Formula ini hanya untuk pengiraan jumlah kad kahwin yang diedarkan BELUM TERMASUK:
  1. Jemputan mulut oleh ibu bapa, adik beradik atau saudara mara
  2. Jemputan menerusi group Whatsapp
  3. Jemputan menerusi Facebook event
Sebenarnya, banyak faktor lain juga mempengaruhi jumlah kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan.
Oleh itu, Kak Lyn nasihatkan korang yang mahu mendirikan rumahtangga supaya berbincang dengan pihak perunding perkahwinan. Mereka akan membantu dan memberi khidmat nasihat kepada bakal pengantin dan mak ayah yang ingin menjayakan majlis perkahwinan yang lancar dan gilang gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan