Tahukah anda wujud kumpulan darah yang paling ganjil dari kumpulan darah 'hh' iaitu darah O Bombay? Kebiasaannya kumpulan darah yang biasa kita dengar adalah darah jenis A,B, AB dan O.
Untuk pengetahuan pembaca, darah ini pertama kali ditemui di Bombay, India oleh Bhender pada tahun 1952. Darah O Bombay ini dimiliki oleh individu yang bergenotip (hh) dan individu ini tidak boleh menghasilkan antigen A dan antigen B. Kumpulan darah ini juga tidak berpadanan untuk O-ve dan O+ve kerana tidak mempunyai antigen (h).
Bermakna individu darah O Bombay hanya boleh menerima darah O Bombay sahaja dan tidak boleh menerima darah dari golongan lain termasuk darah O. Jika golongan darah O Bombay menerima darah dari golongan darah O biasa, akan menyebabkan reaksi pemindahan hemolitik yang boleh menyebabkan kematian.
Dalam Harian Metro September 2017 ada menyebut hanya satu peratus saja daripada populasi penduduk negara ini mempunyai kumpulan darah itu. Oleh kerana darah ini sukar diperoleh, Pusat Darah Negara berperanan mengumpul bekalan darah O Bombay tersebut melalui kempen derma darah dan kempen kesihatan.
Kempen seperti itu dianjurkan adalah bertujuan menggalakkan orang ramai menderma darah sekali gus memastikan bekalan darah mencukupi di seluruh Malaysia.
Berita lanjut seperti di bawah:
1. https://bit.ly/2N0ja5w
2. https://bit.ly/2Igop06
Tiada ulasan:
Catat Ulasan