Rabu, 26 September 2018

Darah O Bombay Ganjil dan Tidak Dikenali Ramai

Tahukah anda wujud kumpulan darah yang paling ganjil dari kumpulan darah 'hh' iaitu darah O Bombay? Kebiasaannya kumpulan darah yang biasa kita dengar adalah darah jenis A,B, AB dan O.

Untuk pengetahuan pembaca, darah ini pertama kali ditemui di Bombay, India oleh Bhender pada tahun 1952. Darah O Bombay ini dimiliki oleh individu yang bergenotip (hh) dan individu ini tidak boleh menghasilkan antigen A dan antigen B. Kumpulan darah ini juga tidak berpadanan untuk O-ve dan O+ve kerana tidak mempunyai antigen (h).

Bermakna individu darah O Bombay hanya boleh menerima darah O Bombay sahaja dan tidak boleh menerima darah dari golongan lain termasuk darah O. Jika golongan darah O Bombay menerima darah dari golongan darah O biasa, akan menyebabkan reaksi pemindahan hemolitik yang boleh menyebabkan kematian.

Dalam Harian Metro September 2017 ada menyebut hanya satu peratus saja daripada populasi penduduk negara ini mempunyai kumpulan darah itu. Oleh kerana darah ini sukar diperoleh, Pusat Darah Negara berperanan mengumpul bekalan darah O Bombay tersebut melalui kempen derma darah dan kempen kesihatan.

Kempen seperti itu dianjurkan  adalah bertujuan menggalakkan orang ramai menderma darah sekali gus memastikan bekalan darah mencukupi di seluruh Malaysia.


Berita lanjut seperti di bawah: 

1. https://bit.ly/2N0ja5w 

2. https://bit.ly/2Igop06


Isnin, 24 September 2018

Awak Dengar Saya Tak?

Setujukah kiranya saya katakan mudahnya penjahat digital mendapatkan wang hasil titik peluh kita dengan menggunakan telefon? Pada zaman ini, kita tidak boleh mengabaikan panggilan yang masuk ke dalam telefon kita. Tapi kadangkala susah pula untuk mengetahui panggilan itu benar atau palsu.

Jika pemanggil bercakap dengan anda mengenai salah satu perkara di bawah, anda berhak berasa curiga.
  • Meminta data perbadi (seperti nombor kad pengenalan atau nombor kad kredit) untuk mengesahkan identiti anda.
  • Mengarahkan anda menghubungi semula ke nombor yang berlainan dan bukannya nombor yang terpapar di ID pemanggil.
  • Memaklumkan anda telah memenangi hadiah/pertandingan atau barangan berharga tetapi anda perlu berikan maklumat akaun bank atau membuat pembayaran untuk memudahkan proses tuntutan.
  • Memaklumkan anda mempunyai bayaran tertunggak atau saman yang perlu dibayar pada hari yang sama untuk mengelakkan tindakan undang-undang.
  • Mereka mahu anda mengesahkan kod PIN yang dihantar ke telefon walaupun anda tidak melakukan sebarang kemaskini akaun, servis ataupun profil.

Menurut pakar sekiranya anda menerima panggilan telefon dengan talian kurang jelas dan bertanyakan 4 perkataan ini, "Awak dengar saya tak?" Letak telefon terus! Tidak perlu layan panggilan itu kerana kemungkinan besar ia merupakan panggilan scam atau fraud

Terdapat siasatan dari beberapa kes yang pernah berlaku, tujuan soalan itu ditanya sebab mereka mahukan perkataan "Ya" yang keluar dari mulut anda. Jika mereka berjaya merakam perkataan itu, mereka boleh gunakan voice signature tersebut untuk tujuan perjanjian verbal. Malah lagi teruk apabila mereka boleh menggunakan suara anda untuk menembusi ke dalam akaun peribadi.

Apakah yang perku dilakukan sekiranya anda mnerima panggilan seperti itu?

1. Pastikan anda merakam perbualan telefon menggunakan telefon pintar sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah. Telefon pintar boleh melakukannya melalui tetapan telefon atau install aplikasi untuk tujuan ini. 

2. Tanya nama dan jawatan mereka termasuk nama organisasi yang lengkap. 

3. Minta butiran lengkap sebab-sebab mereka hubungi anda; jika berkaitan hutang tertunggak, minta nombor kontrak, tarikh ia ditandatangani, jumlah bayaran, alamat yang disenaraikan di dalam kontrak dan lain-lain berkaitan. 


4. Jika anda yakin panggilan itu adalah palsu, buat laporan polis dan sediakan rakaman telefon atau sebarang nota yang telah dicatat untuk memudahkan siasatan pihak polis. 

5. Sentiasa peka berita sindiket penipuan terkini dan beri perhatian terhadap pesanan khidmat masyarakat dan maklumkan daripada pihak penyedia perkhidmatan anda. 

Seeloknya kita mengambil inisiatif untuk melindungi diri daripada penjahat digital ini 
daripada menjadi mangsa sembelihan sindiket penipuan.




Rabu, 12 September 2018

5 Waktu Tidur yang Dilarang Rasulullah SAW

Adakah kita tahu waktu-waktu tidur yang dilarang oleh Rasulullah SAW? Jom kenali waktu-waktu dilarang itu.

1) Tidur Selepas Makan – Sesungguhnya jika kita terus tidur selepas makan akan menyebabkan tidak sempurna proses sistem pencernaan kita.

2) Tidur Sepanjang Hari – Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari ia boleh mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.

3) Tidur Selepas Solat Subuh & Awal Pagi – Rasulullah tidak tidur selepas solat Subuh kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki. Waktu pagi adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha. 
Sabda Nabi : “Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

4) Tidur Pada Waktu Asar – Setengah alim ulamak mengatakan:” Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya, maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”.

5) Tidur Sebelum Solat Isyak - Sesungguhnya adalah lebih baik kita menunaikan dulu solat Isyak pada waktunya sebab kadang setengah kita suka melewatkan hingga kadang lupa sudah solat ke belum hingga tertidur dan tak tunaikan solat Isyak.

Semoga ia memberikan pengajaran untuk kita amalkan walaupun ringkas saja. 

Rabu, 5 September 2018

Jom Cantik dengan Teh



Kak Lyn percaya ramai yang tahu manfaat hampas teh adalah bagus merawat kulit. Namun, ramai tak yang mempraktikkan penggunaan hampas teh dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit?

Mungkin jika korang tahu manfaat sebenar hampas teh, korang tidak akan membuangnya begitu sahaja tanpa memanfaatkan khasiatnya terlebih dahulu. Teruskan pembacaan jika mahu tahu lebih lanjut!

1. Awet Muda



Setiap wanita pasti berasa takut wajah kelihatan tua sebelum usia. Bertenang ya. Hampas teh mampu membuat kulit korang lebih tegang.

Caranya: Hanya perlu sapukan hampas teh yang masih lembab ke serata wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh membantu menegangkan kulit serta melawan tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kedutan.

2. Menghilangkan Mata Panda!


Lelah bekerja seharian di pejabat boleh menyebabkan timbulnya kantung mata seperti mata panda! Selain krim mata, kandungan antioksidan dalam teh dapat megurangkan pembengkakan di sekitar kawasan mata.

Caranya: Celupkan kantung teh ke dalam air sejuk dan tekap pada mata, biarkan beberapa minit, lalu dibilas dengan air bersih.

3. Jerawat Muncul? No Hal Lah!


Daripada membazir hampas teh begitu sahaja, apa kata korang campurkannya dengan sedikit air dan oleskan pada kawasan berjerawat. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam sehingga bersih.

Lakukan setiap hari supaya jerawat mengecut lebih pantas. Kandungan katekin dalam teh dapat melawan bakteria penyebab jerawat. 


4. Mengawal Kulit Berminyak


Selain mengurangkan jerawat, hampas teh bermanfaat mengatur keseimbangan kadar gula yang mempengaruhi penghasilan kelenjar sebum, sekali gus menyebabkan minyak berlebihan.


Caranya sama seperti kaedah merawat masalah jerawat, tetapi disapukan ke seluruh wajah.


5. Boleh Dijadikan Skrub Muka!


Tekstur hampas teh yang kasar boleh dimanfaatkan untuk menanggalkan sel mati selain menghapuskan kotoran dan debu pada wajah. Malah, ia sangat bagus untuk
 menghaluskan kulit wajah serta mencerahkan.

Caranya sama macam skrub muka dan urut sekitar 5 -10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Tapi ingat! Jangan terlalu rajin sampai buat lebih dari dua kali seminggu ya. Ini bagi mengelakkan lapisan kulit menipis.

Bagi mengelak masalah kulit, elakkan daripada menggunakan hampas teh yang sebelumnya telah bercampur dengan bahan lain seperti gula, susu dan lain-lain.

Mudah dan murah bukan? Semoga berjaya!

Isnin, 3 September 2018

Alamak, Lauk Tak Cukup !!

Minggu lepas Kak Lyn berkampung 3 hari di Ipoh, Perak kerana kenduri kahwin sepupu rapat. Majlis dijalankan cukup meriah. Tapi terdengar sok-sek dari jiran-jiran tuan rumah makanan untuk tetamu tidak cukup. Alkisahnya, keluarga sepupu upah katering saja untuk memudahkan kerja mereka tapi lain pula jadinya. Terpaksalah tuan rumah mencari lauk di luar untuk dijamu kepada tetamu yang datang kemudian. 
Kebanyakkan daripada kita mungkin agak susah untuk mengagak kehadiran sebenar bilangan tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan itu. Lebih-lebih lagi sekiranya korang menggunakan khidmat katering dalam menyediakan makanan untuk tetamu. 
Selalunya pihak katering yang disalahkan kerana tidak melebihkan makanan untuk tetamu. Kak Lyn sempat bertanya pada krew katering atau pembantu katering yang menguruskan majlis itu. Katanya mereka sudah sediakan makanan mengikut tempahan yang pihak tuan rumah tetapkan. Malahan mereka sudah lebihkan makanan dalam 10% untuk tuan rumah.
Kataya lagi, rata-rata yang mereka jumpa menghadapi masalah ini adalah tuan rumah yang tiada pengalaman mengadakan majlis perkahwinan. Kalau pernah buat majlis perkahwinan pun tapi masih belum tahu formula sebenar yang pihak katering gunakan untuk mengira jumlah kedatangan tetamu.
Di sini, Kak Lyn kongsikan formula untuk membuat pengiraan tersebut :
                                                                   Sila klik gambar 

Daripada formula ini juga, korang boleh membuat anggaran berapa jumlah kad jemputan perkahwinan yang perlu dicetak.
Tapi, INGAT!!
Formula ini hanya untuk pengiraan jumlah kad kahwin yang diedarkan BELUM TERMASUK:
  1. Jemputan mulut oleh ibu bapa, adik beradik atau saudara mara
  2. Jemputan menerusi group Whatsapp
  3. Jemputan menerusi Facebook event
Sebenarnya, banyak faktor lain juga mempengaruhi jumlah kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan.
Oleh itu, Kak Lyn nasihatkan korang yang mahu mendirikan rumahtangga supaya berbincang dengan pihak perunding perkahwinan. Mereka akan membantu dan memberi khidmat nasihat kepada bakal pengantin dan mak ayah yang ingin menjayakan majlis perkahwinan yang lancar dan gilang gemilang.