Rabu, 28 November 2018

Langkah Penjimatan Elektrik Berkesan




Bagi yang sering menghadapi kekangan kewangan setiap bulan, cara paling mudah untuk memperbetulkan keadaan tersebut adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Salah satu komponen yang boleh dikurangkan adalah pembayaran bil elektrik.

Secara umumnya, semakin tinggi spesifikasi sesuatu peralatan elektrik (bagi jenis yang sama), semakin tinggi kadar penggunaan tenaganya. Sebagai contoh, televisyen bersaiz 48 inci sudah semestinya menggunakan tenaga elektrik yang lebih berbanding televisyen 32 inci.

Penggunaan tenaga elektrik dipengaruhi beberapa faktor antaranya nilai kuasa peralatan elektrik, beban kerja peralatan elektrik dan tempoh penggunaan.

Jom baca tips penjimatan elektrik pada semua pengguna supaya dapat mengurangkan komitmen bil dengan berkesan. Antaranya adalah:-

  1. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai tanda rating serta berlogo merah seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Suruhanjaya Tenaga mengeluarkan label ini bagi menunjukkan tahap kecekapan tenaga elektrik peralatan tersebut.

  1. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga sedikit demi penjimatan yang lebih banyak.   Sebagai contoh, mentol lampu LED lebih tahan lama, jimat tenaga dan mesra alam. Semakin kurang watt itu, semakin sikit bil elektik. Mengikut kajian, sebanyak 20% penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah kediaman adalah disumbangkan oleh penggunaan lampu. Selain itu, manfaatkan lampu panjang jenis pendaflour atau fluorescent T5 untuk menjimatkan tenaga elektrik.

  1. Maksimumkan penggunaan air dalam cerek elektrik sewaktu memasak. Dan simpan air panas dalam termos supaya air tidak perlu dipanaskan berulang kali menggunakan cerek elektrik.

  1. Matikan suis komputer/komputer riba/pengecaj telefon bimbit jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia terus menerus menyalurkan elektrik meskipun peranti anda itu telah dicas penuh. 
  1. Pastikan anda gosok baju yang telah dikumpul dan perlu digosok pada setiap minggu sekali. Tahukah anda, seterika jenis stim menggunakan lebih banyak tenaga elektrik kerana perlu memanaskan air terlebih dulu untuk menghasilkan stim? Jadi, penggunaan seterika biasa lebih digalakkan.

  1. Semakin besar ruang atau pendingin hawa, semakin banyak bil elektrik perlu dibayar. Oleh itu, pastikan pendingin hawa sesuai dengan ruangan anda. Ketika pendingin hawa telah dihidupkan, anda perlu menutup semua pintu dan tingkap. Ruangan yang lebih kecil akan mengurangkan bil elektrik yang perlu dibayar.
  1. Setkan suhu pendingin hawa pada aras paling efisyen antara 24-26 darjah Celcius untuk mendapatkan kesejukan yang optimum. Tahukah anda, setiap penurunan 1 darjah Celcius pendingin hawa bersamaan peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 10 peratus. Maksudnya Semakin rendah suhu ditetapkan, semakin tinggi penggunaan elektrik.

  1. Pastikan penapis pendingin hawa sentiasa dicuci supaya kegunaan dan operasinya lebih efisyen. Kipas compressor juga perlu dicuci bagi mengurangkan beban pendingin hawa.

  1. Anda boleh gunakan timer untuk sebarang peralatan sekiranya diperlukan pada masa tertentu saja seperti menghadkan penggunaan pendingin hawa yang mana cukup sekadar hilangkan rasa panas saja.

  1. Tahukah anda bahawa susunan barang dalam peti ais juga memainkan peranan penting jimat elektrik? Sila pastikan barang anda tersusun rapi dan kemas kerana ia dapat mengurangkan aliran keluar udara sejuk daripada peti sejuk.

  1. Sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk antara 10cm – 30cm dari dinding belakang, tepi dan atas untuk peredaran udara yang lebih efisyen. Tidak digalakkan peti sejuk diletakkan dalam kabinet dapur, lebih-lebih lagi ‘dikurung’ dalam almari. Jauhkan juga dari cahaya matahari dan peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur masak. Ia hanya ‘memanaskan’ peti sejuk dan menyebabkan beban kerjanya bertambah. 

  1. Periksa kebocoran (jika ada) pada getah peti sejuk. Caranya, selitkan sehelai kertas melalui celahan getah tersebut. Jika kertas dapat diselitkan maka ada kebocoran dan getah perlu diganti.

  1. Kurangkan kekerapan membasuh pakaian. Kumpul pakaian kotor sehingga muatan penuh dan basuh sekaligus. Selain itu, pastikan jumlah berat pakaian hendak dibasuh tidak melebihi kapasiti mesin basuh yang mana ia boleh merosakkan mesin basuh.

  1. Cucian pakaian Cold Wash adalah yang terbaik kerana ia tidak mengecutkan pakaian, melunturkan warna atau merosakkan fabrik. Malah, ia menjimatkan tenaga dan masa untuk menggosok. Tahukah anda bagi tujuan membersihkan fabrik, (katakan seorang ahli keluarga sakit) – mencuci pakaian dan alas tempat tidur dengan air panas dapat menghalang kuman dari merebak. Ini bermakna pakaian kurang kedutan dan tidak merosakkan pakaian selain menjimatkan tenaga dan wang. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan