Khamis, 29 November 2018

Aktiviti Cuti Sekolah Bermanfaat untuk Pelajar

Selepas menghadapi peperiksaan sudah tiba masanya pelajar menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang bermanfaat. Ibu bapa tidak perlu pening kepala memikirkan aktiviti untuk anak-anak anda. Laburkanlah sedikit wang bagi pengisian masa buat anak-anak. 

Di sini saya kongsikan 10 cadangan aktiviti cuti sekolah yang paling popular dan bermanfaat untuk anak anda lakukan. Semoga cuti sekolah ini dapat terisi dengan sebaiknya.


1. Kem Motivasi




Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.


2. Kem Ibadah



Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar.


3. Klinik Sukan



Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan adik-adik mengikuti Klinik Sukan. Klinik Sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran anak masing-masing.

04. Belajar ICT



Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada adik-adik. Mungkin dengan mengikuti kelas-kelas berikut membolehkan adik-adik mahir dalam menghasilkan bahan kreatif multimedia suatu hari nanti.

05. Kursus Pendek Bahasa



Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat adik-adik. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

06. Kemahiran Bertukang



Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung.

07. Kraf dan Anyaman



Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, adik-adik bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang kreatif dan cantik.

08. Belajar Alat Muzik


Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mulalah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.


09. Belajar Berenang



Bagi adik-adik yang masih belum boleh berenang, aktiviti ini adalah amat digalakkan. Tempoh sebulan sudah cukup untuk menjadikan adik-adik seorang perenang yang baik. Tak rugi jika sekiranya adik mempelajari kemahiran berenang. Malah jika berminat selepas ini, adik-adik boleh menjadikannya aktiviti riadah yang rutin.

10. Belajar Memasak



Bagi adik-adik perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika anda tinggal di asrama. Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat, teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?


Rabu, 28 November 2018

Tips Kesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel / Homestay

Musim cuti sekolah sudah tiba. Murid sekolah antara yang paling gembira kerana tiada rutin bangun awal ke sekolah dan dapat bermain bersama rakan-rakan sepermainan. Ibu bapa juga tidak perlu terkejar-kejar mengurus dan menghantar anak ke sekolah. 

Musim kenduri kahwin juga tidak kurang hebatnya. Selepas menjadi raja sehari, sudah tentu ingin berdua bersama maka panjanglah akal masing-masing untuk pergi bercuti / honeymoon. 

Namun begitu, sila berhati-hati kepada anda yang ingin menginap bilik hotel Ini kerana terdapat sindiket yang sengaja mengambil kesempatan terhadap kehormatan dan keselamatan mangsa. Antara taktik penyangak tidak berperikemanusiaan ini adalah menggunakan kamera jenis muncung jarum untuk ‘mengintai’ mangsa seperti di dalam gambar. 



Pernahkah kita terfikir gerak-geri kita diperhatikan dan dirakam secara tersembunyi? Bagaimana ingin pastikan tiada kamera tersembunyi di dalam bilik kita inap? Apakah caranya? Nah, pesan kawan-kawan anda yang mahu bercuti / honeymoon. 


PERINGATAN UNTUK SEMUA!!! 


Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan kaedah di bawah ini untuk memastikan tiada kamera tersembunyi dalam bilik anda:


1. Setelah memasuki bilik, padam semua lampu, tutup tingkap dan langsir.

2. Pastikan bilik dalam keadaan segelap yang boleh.

3. ON kan camera phone anda tetapi jangan ON flash camera.

4. Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.


Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda, ITU BERMAKNA ADA KAMERA TERSEMBUNYI DIPASANG DLM BILIK TERSEBUT.

Pastikan kamera tersembunyi itu memang wujud di situ dan buat laporan polis. Sekiranya tiada dot/titik merah itu bermakna bilik anda selamat. Hantar dan kongsilah peringatan ini kepada sesiapa saja yang akan atau selalu menginap di bilik hotel / homestay. 

Awas! Gelas Hotel Tidak Boleh Digunakan.

Mengapa tajuknya sedemikian? Jangan ambil enteng jika anda ingin menempah di hotel. Sila ambil kira perkara-perkara di bawah untuk keselamatan dan kesihatan anda. 
Terdapat 5 perkara yang patut anda tahu semasa berada di bilik hotel. Paling utama adalah jangan guna gelas di dalam bilik hotel. Nampak biasa tetapi masih ramai yang tidak tahu.
Tahukah anda staff pengemas bilik hotel diberi masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik dan kebanyakkan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. 
Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Jangan tertipu dengan gelas di bilik anda yang berkilat. Ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang disembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Memang best bila cerek air disediakan kerana boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Siapa yang tak sukakannya? Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Tidak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak atau ibu mengandung yang cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah diselidiki staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah dengan staff high-class berbahasa Inggeris seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda Google "Hotel Window Fall".
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum. 

Langkah Penjimatan Elektrik Berkesan




Bagi yang sering menghadapi kekangan kewangan setiap bulan, cara paling mudah untuk memperbetulkan keadaan tersebut adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Salah satu komponen yang boleh dikurangkan adalah pembayaran bil elektrik.

Secara umumnya, semakin tinggi spesifikasi sesuatu peralatan elektrik (bagi jenis yang sama), semakin tinggi kadar penggunaan tenaganya. Sebagai contoh, televisyen bersaiz 48 inci sudah semestinya menggunakan tenaga elektrik yang lebih berbanding televisyen 32 inci.

Penggunaan tenaga elektrik dipengaruhi beberapa faktor antaranya nilai kuasa peralatan elektrik, beban kerja peralatan elektrik dan tempoh penggunaan.

Jom baca tips penjimatan elektrik pada semua pengguna supaya dapat mengurangkan komitmen bil dengan berkesan. Antaranya adalah:-

  1. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai tanda rating serta berlogo merah seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Suruhanjaya Tenaga mengeluarkan label ini bagi menunjukkan tahap kecekapan tenaga elektrik peralatan tersebut.

  1. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga sedikit demi penjimatan yang lebih banyak.   Sebagai contoh, mentol lampu LED lebih tahan lama, jimat tenaga dan mesra alam. Semakin kurang watt itu, semakin sikit bil elektik. Mengikut kajian, sebanyak 20% penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah kediaman adalah disumbangkan oleh penggunaan lampu. Selain itu, manfaatkan lampu panjang jenis pendaflour atau fluorescent T5 untuk menjimatkan tenaga elektrik.

  1. Maksimumkan penggunaan air dalam cerek elektrik sewaktu memasak. Dan simpan air panas dalam termos supaya air tidak perlu dipanaskan berulang kali menggunakan cerek elektrik.

  1. Matikan suis komputer/komputer riba/pengecaj telefon bimbit jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia terus menerus menyalurkan elektrik meskipun peranti anda itu telah dicas penuh. 
  1. Pastikan anda gosok baju yang telah dikumpul dan perlu digosok pada setiap minggu sekali. Tahukah anda, seterika jenis stim menggunakan lebih banyak tenaga elektrik kerana perlu memanaskan air terlebih dulu untuk menghasilkan stim? Jadi, penggunaan seterika biasa lebih digalakkan.

  1. Semakin besar ruang atau pendingin hawa, semakin banyak bil elektrik perlu dibayar. Oleh itu, pastikan pendingin hawa sesuai dengan ruangan anda. Ketika pendingin hawa telah dihidupkan, anda perlu menutup semua pintu dan tingkap. Ruangan yang lebih kecil akan mengurangkan bil elektrik yang perlu dibayar.
  1. Setkan suhu pendingin hawa pada aras paling efisyen antara 24-26 darjah Celcius untuk mendapatkan kesejukan yang optimum. Tahukah anda, setiap penurunan 1 darjah Celcius pendingin hawa bersamaan peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 10 peratus. Maksudnya Semakin rendah suhu ditetapkan, semakin tinggi penggunaan elektrik.

  1. Pastikan penapis pendingin hawa sentiasa dicuci supaya kegunaan dan operasinya lebih efisyen. Kipas compressor juga perlu dicuci bagi mengurangkan beban pendingin hawa.

  1. Anda boleh gunakan timer untuk sebarang peralatan sekiranya diperlukan pada masa tertentu saja seperti menghadkan penggunaan pendingin hawa yang mana cukup sekadar hilangkan rasa panas saja.

  1. Tahukah anda bahawa susunan barang dalam peti ais juga memainkan peranan penting jimat elektrik? Sila pastikan barang anda tersusun rapi dan kemas kerana ia dapat mengurangkan aliran keluar udara sejuk daripada peti sejuk.

  1. Sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk antara 10cm – 30cm dari dinding belakang, tepi dan atas untuk peredaran udara yang lebih efisyen. Tidak digalakkan peti sejuk diletakkan dalam kabinet dapur, lebih-lebih lagi ‘dikurung’ dalam almari. Jauhkan juga dari cahaya matahari dan peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur masak. Ia hanya ‘memanaskan’ peti sejuk dan menyebabkan beban kerjanya bertambah. 

  1. Periksa kebocoran (jika ada) pada getah peti sejuk. Caranya, selitkan sehelai kertas melalui celahan getah tersebut. Jika kertas dapat diselitkan maka ada kebocoran dan getah perlu diganti.

  1. Kurangkan kekerapan membasuh pakaian. Kumpul pakaian kotor sehingga muatan penuh dan basuh sekaligus. Selain itu, pastikan jumlah berat pakaian hendak dibasuh tidak melebihi kapasiti mesin basuh yang mana ia boleh merosakkan mesin basuh.

  1. Cucian pakaian Cold Wash adalah yang terbaik kerana ia tidak mengecutkan pakaian, melunturkan warna atau merosakkan fabrik. Malah, ia menjimatkan tenaga dan masa untuk menggosok. Tahukah anda bagi tujuan membersihkan fabrik, (katakan seorang ahli keluarga sakit) – mencuci pakaian dan alas tempat tidur dengan air panas dapat menghalang kuman dari merebak. Ini bermakna pakaian kurang kedutan dan tidak merosakkan pakaian selain menjimatkan tenaga dan wang. 






Khamis, 22 November 2018

WANITA KENA TAHU! KANSER OVARI BOLEH DIKESAN AWAL

Kebanyakkan wanita tidak akan pernah menyangka mereka boleh terkena penyakit kanser. Pada tahun 2017, kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis terkenal, Ary Malik yang tewas setelah berjuang dengan penyakit kanser ovari/ kanser rahim. 

Ramai menggelar kanser ini sebagai 'pembunuh senyap' kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa. Lebih menakutkan, ia boleh menyerang wanita seawal 26 tahun di Malaysia. 

Pun begitu, tahukah anda bahawa kanser ovari boleh dikesan awal? Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr Andi Anggeriana Andi Asri menerusi MAKNA Malaysia (Majlis Kanser Nasional), kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. 

Katanya lagi, bagi individu berusia bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembuangan rahim. Simptom kanser ovari yang boleh dikesan awal termasuklah:

1. Haid Tidak Teratur Dan Banyak


Bagi wanita yang berumur awal 50 tahun dan belum menopaus, anda perlu memberi perhatian jika haid keluar secara banyak dan berterusan secara tiba-tiba. Perkara ini terjadi kerana ovari gagal merembeskan hormon secara normal kerana prosesnya terganggu dan tidak berjalan lancar. Aliran haid yang banyak ini juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa penyakit seperti fibroid.

2. Pendarahan Selepas Menopaus


Simptom yang paling utama selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Biasanya, wanita akan mengambil mudah apabila didatangi haid selepas menopaus. Walhal, wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya perkara ini berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel-sel kanser boleh merebak dan akhirnya mencapai ke tahap 4.

3. Perut Tidak Selesa



Sistem penghadaman juga termasuk dalam tanda-tanda awal pesakit menghidapi kanser ovari. Perkara ini terjadi disebabkan posisi sistem perhadaman tubuh badan yang agak dekat dengan ovari. Malah, perut akan terasa mudah kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.

4. Badan Kerap Letih


Badan terasa letih dan lesu walaupun sudah berehat lama. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup dengan lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Malahan, badan anda tidak pernah merasa lesu yang teramat seperti ini. Simptom ini terjadi disebabkan oleh sel-sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Keadaan inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.

5. Kerap Membuang Air Kencing


Anda minum air seperti kebiasaan namun terlalu kerap membuang air kencing. Bukan sekadar buang air kencing, anda juga berasa sakit setiap kali membuang dan berasa sakit seperti rasa ketat dan pedih. Sekiranya anda pernah mengalami simptom seperti ini, jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika ia berlarutan lebih dua minggu. Walaubagaimanapun, tanda kanser ovari ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.

6. Sakit Seakan Senggugut


Sakit di kawasan pelvis seakan-akan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Ianya seperti sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan mengambil ubat tahan sakit. Jika sakit pelvis ini berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa, anda perlu melakukan rawatan lanjut bagi mengenalpasti permasalahan.

7. Perubahan Berat Badan Secara Drastik



Jika selama ini memiliki tubuh badan yang agak gempal dan berat badan turun secara drastik tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera. Perkara ini perlu diteliti kerana kemungkinan kesihatan tubuh tidak berada dalam keadaan yang baik. Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.




Rabu, 14 November 2018

5 Tips Jana Pendapatan Buat Surirumah

Jauh tersimpan dalam hati seorang suri rumah, segala macam perasaan ingin membantu menambah pendapatan keluarga. Cuma masih tidak nampak jalan untuk menampah pendapatan keluarga. 

Semakin ramai mula berjimat cermat dan mula mengurangkan kos, membuat simpanan dan membeli di lokasi belian barangan murah. Namun begitu, usaha untuk menambah pendapatan jangan dipandang remeh. 

Di bawah ini terdapat beberapa tips buat suri rumah yang memilih jana duit seperti berikut: 

1. Menjadi Penulis Dari Rumah. 



Saya percaya ramai yang suka menulis. bakat menulis di kalangan ibu tidak kurang hebatnya. Pelbagai tips kehidupan, tips masakan, tips menabung dan sebagainya dikongsi supaya menjadi inspirasi kepada orang ramai yang membaca. Ibu-ibu boleh tawarkan khidmat menulis dan bakat kepada orang yang ingin menulis tetapi tidak pandai menyusun ayat. 

2. Menjahit Baju. 



Jika dulu, kemahiran menjahit hanya digunakan ketika masa lapang tetapi tidak di masa kini. Ada para ibu yang menjadikan kemahiran menjahit mereka sebagai cara menambah pendapatan keluarga. Tapi beringat, walaupun banyak baju pelanggan yang perlu dijahit perlu jaga kesihatan ya. 

3. Daycare Untuk Anak-Anak Jiran.

Suri rumah yang boleh memandu, dan suka melayan kerenah anak-anak boleh pertimbangkan kerjaya ini. War-warkan kepada kenalan dan jiran tetangga berhampiran bahawa anda mengambil upah menjaga anak-anak. Anda boleh menjemput anak jagaan dari sekolah dan bawa balik ke rumah untuk transit. Tetapi usah ambil terlalu ramai, dikhuatiri tidak mampu menjaga dan mengawasi. 

4. Personal Shopper (PS)



Personal shopper ialah orang yang belikan barang untuk mereka yang tak dapat beli sendiri disebabkan faktor tempat, pengangkutan dan masa. PS akan mengambil upah atas belian yang dikirim kepadanya. Antaranya seperti upah belian barang dapur atau barang keperluan rumah di IKEA, membasuh baju, memasak, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Manalah tahu dari suka-suka saja, ibu-ibu dapat membuka perniagaan sendiri. ;-)

5. Part-time Sebagai IGR Menjual Produk Gano e Worldwide. 


Seiring dengan moto syarikat "Membawa Kesihatan Dan Kekayaan Setiap Keluarga", syarikat Gano e Worldwide menawarkan pelbagai produk bermanfaat kepada pelanggannya yang mana semua produk mereka berasaskan Ganoderma lucidum. Semuanya sudah tersedia bermula dari Siri Kesihatan sehinggalah Siri Penjagaan Muka G'Beaute. Sudah beberapa individu berjaya dengan perniagaan ini. Sekiranya anda berminat turut serta, bolehlah call nombor ini +603-7726 3306 / +603-7726 3006.