Masyarakat Jepun ada cara tersendiri untuk
menguji personaliti seseorang. Selalunya mereka akan menilai melalui jawapan
spontan seseorang berdasarkan soalan yang diberi.
Anda hanya perlu
membaca 5 soalan dan berikan jawapan spontan kepada setiap satu soalan yang
diberi. Kemudian baru semak personaliti anda melalui jawapan yang dikongsikan.
Soalan 1: Anda memiliki sejumlah wang yang banyak
dan ingin membeli kereta idaman. Jenis kereta apa yang akan anda beli?
a) Kenderaan pacuan 4 roda.
b) Kereta sport.
c) Jaguar.
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke
mana-mana.
Soalan 2: Katakan anda seorang penulis novel dan
ingin menerbitkan karya terbaru. Rekaan untuk kulit novel yang anda akan pilih
adalah:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan
lautan biru terbentang luas.
b) Karikatur yang lucu dan bewarna-warni.
c) Potret anda.
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya.
Soalan 3: Anda merenung ke langit yang terbentang
luas dan indah. Kemudian anda mengalihkan pandangan ke persekitaran. Gambaran pertama yang anda terbayang ketika itu adalah:
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji.
b) Pantai dengan lautan terbentang luas.
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok
hijau.
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang
kembang mekar.
Soalan 4: Cara anda membaca majalah/surat khabar
setiap hari:
a) Membaca mengikut urutan mukasurat.
b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan
hanya memilih artikel kegemaran.
c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu
kerana mencari artikel yang menarik.
d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke
hadapan.
Soalan 5: Anda sedang berada dalam satu pameran
lukisan. Tiba-tiba anda rasa ingin menegur seseorang yang turut berada di
pameran yang sama. Anda menghampiri
orang tersebut. Perkataan pertama yang anda akan ucapkan adalah:
a) “Lukisan ini cantik.”
b) “Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?”
c) “Maaf, adakah saya menggangu?”
d) Kenalkan diri, “Sayalah pelukisnya.”
Sudah menjawab kesemua soalan? Jom semak
jawapannya pula.
Soalan 1: Cara Anda Memilih
Pasangan
a) Memilih mengikut naluri anda
sendiri. Bagi anda calon paling sesuai adalah boleh dipercayai serta
menenangkan.
b) Kacak atau cantik adalah
kriteria utama anda memilih pasangan. Cara ini selalu membuatkan anda sering
kecewa dalam hubungan.
c) Status sosial dan kewangan
sangat penting dalam hidup anda. Dalam memilih pasangan, anda akan menyelidik
latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka dan boleh
menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan diri anda.
Soalan 2: Menunjukkan Personaliti
Diri Anda
a) Individu yang sensitif dan
prihatin. Namun agak pemalu dan sukar untuk ditafsir. Namun hakikatnya mudah
didekati.
b) Mudah bergaul, peramah dan
mempunyai ramai teman. Keramahan kadang kala diragui oleh rakan-rakan anda dan
mereka sukar mempercayai diri anda. Anda suka membuat orang lain tertawa tetapi
tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur. Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Suka memperlihatkan bakat kepada
umum. Namun harus diingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba
berfikiran terbuka dan terima pendapat orang lain.
Soalan 3: Melambangkan Kebolehan/Kelebihan
Diri Anda
a) Seorang yang sensitif
terutamanya ketika berhadapan dengan keadaan yang rumit. Berfikiran tajam dan
sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat.
Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda berkomunikasi dan mereka
juga senang dengan diri anda.
c) Dianggap terlalu memahami orang
lain. Anda bersedia membantu sesiapa sahaja walau dalam apa juga keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak
idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan sampai mengabaikan perasaan
orang lain.
Soalan 4: Cara Mengatur
Perbelanjaan
a) Bijak merancang perbelanjaan,
tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan sebaiknya.
b) Seorang yang boros. Sikap itu
menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak.
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan
hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana membeli barang berkualiti
rendah. Mungkin kerana anda memang tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak
rasional. Jika inginkan sesuatu, anda sanggup berhabisan duit kerananya.
Soalan 5: Reaksi Bila Bertemu Orang
Baru
a) Suka berkawan dan berfikiran
positif. Keperibadian disenangi ramai namun adakalanya anda berasa bimbang jika
orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
b) Sebelum meluahkn isi hati, anda
pasti ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Adakalanya anda mudah
terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Dianggap sebagai individu yang
sukar didekati oleh orang di sekeliling. Anda juga agak mementingkan diri dalam
melakukan sesuatu perkara.
d) Berusaha bersunggh-sungguh agar
diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha anda seakan sia-sia kerana
individu sekeliling anda seolah-olah tidak sukakan sikap anda.
PERHATIAN:
Harus diingat kuiz di atas sekadar suka-suka sahaja. Jangan pula ada yang sentap kalau
jawapannya nanti memberikan personaliti dari sisi yang negatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan