Kerap lapar? Mulut pahit dan nak kunyah sesuatu?
Rasa lapar membuatkan kita makan dengan banyak menyebabkan sukar kawal pemakanan.
Apa kata korang cuba 5 makanan di bawah. Selain diet terkawal, korang juga akan cepat rasa kenyang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan kita cepat kenyang?
1. TELUR
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu kita untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana tubuh badan telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi kita lebih tenaga berbanding makanan yang lain.
2. SUP SAYUR-SAYURAN
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan kita efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
3. GANDUM
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam. Menarik!
4. EPAL
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.
5. KEKACANG
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.
Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan