Isnin, 13 Ogos 2018

6 Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh Badan

1. Teh iRed Gano 

Teh ini secara semulajadi menguatkan imuniti badan, melindungi organ hati, melegakan alergi, menyah toksin dari badan, melegaka rasa tak selesa / pening dan insomnia, meningkatkan peredaran darah dan metabolisma dan menyah lemak berlebihan dari tubuh badan.



2. Air Kosong

Pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.


3. Air Kelapa Segar

Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.


4. Jus Labu

Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.



5. Teh Hijau

Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.


6. Jus Oren

Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.


Tips: Minuman detox ini lebih baik jika diambil sebelum sarapan pagi. Dengan cara ini, proses detoksifikasi akan berlaku dengan baik dan anda dapat merasakan manfaat kesihatan

Jumaat, 10 Ogos 2018

Uji Personaliti Diri



Masyarakat Jepun ada cara tersendiri untuk menguji personaliti seseorang. Selalunya mereka akan menilai melalui jawapan spontan seseorang berdasarkan soalan yang diberi.

Anda hanya perlu membaca 5 soalan dan berikan jawapan spontan kepada setiap satu soalan yang diberi. Kemudian baru semak personaliti anda melalui jawapan yang dikongsikan.

Soalan 1: Anda memiliki sejumlah wang yang banyak dan ingin membeli kereta idaman. Jenis kereta apa yang akan anda beli?

a) Kenderaan pacuan 4 roda.
b) Kereta sport.
c) Jaguar.
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke mana-mana.

Soalan 2: Katakan anda seorang penulis novel dan ingin menerbitkan karya terbaru. Rekaan untuk kulit novel yang anda akan pilih adalah:

a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas.
b) Karikatur yang lucu dan bewarna-warni.
c) Potret anda.
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya.

Soalan 3: Anda merenung ke langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian anda mengalihkan pandangan ke persekitaran. Gambaran pertama yang anda terbayang ketika itu adalah:

a) Permukaan bumi putih diselaputi salji.
b) Pantai dengan lautan terbentang luas.
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau.
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar.

Soalan 4: Cara anda membaca majalah/surat khabar setiap hari:

a) Membaca mengikut urutan mukasurat.
b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan hanya memilih artikel kegemaran.
c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang menarik.
d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke hadapan.

Soalan 5: Anda sedang berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba anda rasa ingin menegur seseorang yang turut berada di pameran yang sama. Anda menghampiri orang tersebut. Perkataan pertama yang anda akan ucapkan adalah:

a) “Lukisan ini cantik.”
b) “Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?”
c) “Maaf, adakah saya menggangu?”
d) Kenalkan diri, “Sayalah pelukisnya.”

Sudah menjawab kesemua soalan? Jom semak jawapannya pula.

Soalan 1: Cara Anda Memilih Pasangan

a) Memilih mengikut naluri anda sendiri. Bagi anda calon paling sesuai adalah boleh dipercayai serta menenangkan.
b) Kacak atau cantik adalah kriteria utama anda memilih pasangan. Cara ini selalu membuatkan anda sering kecewa dalam hubungan.
c) Status sosial dan kewangan sangat penting dalam hidup anda. Dalam memilih pasangan, anda akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka dan boleh menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan diri anda.

Soalan 2: Menunjukkan Personaliti Diri Anda

a) Individu yang sensitif dan prihatin. Namun agak pemalu dan sukar untuk ditafsir. Namun hakikatnya mudah didekati.
b) Mudah bergaul, peramah dan mempunyai ramai teman. Keramahan kadang kala diragui oleh rakan-rakan anda dan mereka sukar mempercayai diri anda. Anda suka membuat orang lain tertawa tetapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur. Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Suka memperlihatkan bakat kepada umum. Namun harus diingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan terima pendapat orang lain.

Soalan 3: Melambangkan Kebolehan/Kelebihan Diri Anda

a) Seorang yang sensitif terutamanya ketika berhadapan dengan keadaan yang rumit. Berfikiran tajam dan sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda berkomunikasi dan mereka juga senang dengan diri anda.
c) Dianggap terlalu memahami orang lain. Anda bersedia membantu sesiapa sahaja walau dalam apa juga keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan sampai mengabaikan perasaan orang lain.

Soalan 4: Cara Mengatur Perbelanjaan

a) Bijak merancang perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan sebaiknya.
b) Seorang yang boros. Sikap itu menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak.
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin kerana anda memang tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional. Jika inginkan sesuatu, anda sanggup berhabisan duit kerananya.

Soalan 5: Reaksi Bila Bertemu Orang Baru

a) Suka berkawan dan berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun adakalanya anda berasa bimbang jika orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
b) Sebelum meluahkn isi hati, anda pasti ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Adakalanya anda mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Dianggap sebagai individu yang sukar didekati oleh orang di sekeliling. Anda juga agak mementingkan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
d) Berusaha bersunggh-sungguh agar diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha anda seakan sia-sia kerana individu sekeliling anda seolah-olah tidak sukakan sikap anda.

PERHATIAN:

Harus diingat kuiz di atas sekadar suka-suka sahaja. Jangan pula ada yang sentap kalau jawapannya nanti memberikan personaliti dari sisi yang negatif.

Khamis, 2 Ogos 2018

5 Jenis Makanan Cepat Kenyang

Kerap lapar? Mulut pahit dan nak kunyah sesuatu? 
  Rasa lapar membuatkan kita makan dengan banyak menyebabkan sukar kawal pemakanan. 

Apa kata korang cuba 5 makanan di bawah. Selain diet terkawal, korang juga akan cepat rasa kenyang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan kita cepat kenyang?

1. TELUR


Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu kita untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana tubuh badan telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi kita lebih tenaga berbanding makanan yang lain.

2. SUP SAYUR-SAYURAN


Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan kita efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

3. GANDUM


Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam. Menarik!

4. EPAL
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.

5. KEKACANG


Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.

Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.

Selamat mencuba!