Keadaan mencabar di tempat kerja
boleh menjadikan kita lebih tertekan. Lebih-lebih lagi, dengan adanya kerja
yang menimbun, jadual padat, dan tuntutan kehidupan seharian yang harus
dipenuhi. Tatkala korang mengalami stres, tubuh badan juga cenderung mengalami
mahupun menjangkiti pelbagai penyakit.
Sebelum keadaan tertekan
memburukkan lagi keadaan, korang perlu mengatasinya dengan mengambil
langkah-langkah yang perlu. Ini termasuklah melakukan kegiatan kegemaran
korang, bahkan mencuba minuman yang membantu menghilangkan tekanan korang
seperti di bawah.
Inilah 7 jenis minuman yang boleh korang cuba.
1. NOBLE GARDEN BROWN ROMANCE
Minuman coklat Brown Romance keluaran Gano eWorldwide ini
diperbuat daripada serbuk koko yang bermutu tinggi yang ditambah Ganoderma
lucidum ke dalamnya. Ia mempunyai manfaat melegakan tekanan, melancarkan
peredaran darah dan meningkatkan metabolisma.
2. 'SMOOTHIE' LOBAK MERAH DAN
TOMATO
Lobak merah dan tomato adalah
sumber serat yang kaya dengan antioksidan bagi meredakan stres. Kedua, minuman
ini juga mengandungi vitamin A dan C untuk menangani kesan buruk daripada
radikal bebas.
3. 'SMOOTHIE' BETIK
Betik mengandungi zat
antioksidan, yang dikenali sebagai karotenoid. Nutrisi ini mampu
menenangkan
tubuh anda dari dalam.
4. TEH DAUN PUDINA
Daun pudina dikenali dengan
sifatnya yang antiradang, antioksidan, dan perangsang kesihatan yang berguna
bagi menangani stres. Daun pudina juga berguna untuk mengimbangi hormon,
meredakan tekanan, dan mengurangkan rasa bimbang.
5. 'SMOOTHIE' BERI BIRU
Kandungan vitamin C dalam buah
beri biru dapat meningkatkan respon kekebalan tubuh bagi melawan tekanan.
6. AIR HALIA
Halia mengandungi zat antioksidan
yang dikenali sebagai gingerol, yang dapat menenangkan tubuh ketika anda berasa
tertekan.
7. TEH KAMOMIL
Meminum teh kamomil hangat sangat
berkhasiat bagi menghilangkan ketegangan dalam tubuh. Malah minuman ini juga
berkhasiat bagi mencegah diri anda daripada serangan insomnia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan