Isnin, 30 April 2018

5 Punca Utama Orang Malaysia Pokai!



Berdasarkan laporan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) di penghujung tahun 2016, sejumlah 22,663 rakyat Malaysia berusia kurang dari 35 tahun telah pun diishtiharkan muflis sepanjang tahun 2011 dan 2015. Ini angka yang amat memeranjatkan!
Mungkin korang bukanlah salah seorang daripada angka statistik. Tetapi kalau korang selalu saja pokai, atau mendapati diri sukar untuk memenuhi keperluan perbelanjaan bulanan, realitinya korang mungkin perlu lakukan sesuatu tentang pengurusan kewangan korang sebelum terlambat.
Tidak dinafikan, kos sara hidup yang tinggi masa ini amat merisaukan bukan sekadar generasi millennial tetapi juga generasi sebelumnya, Generasi X. Tapi jangan terlalu khuatir, masih ada jalan untuk mengatasinya dan memperbaiki situasi kewangan kita.
Tetapi sebelum kita cuba mencari jalan untuk membaik pulih kedudukan kewangan kita, mungkin baik jika terlebih dahulu kita mengenal pasti sebab-sebab kita di dalam dilema ini.

1. Tidak membuat bajet bulanan

Bajet sepatutnya dijadikan matapelajaran wajib di setiap sekolah rendah! Salah satu sebab utama mengapa ramai yang sering pokai adalah kerana tidak ada tabiat melakukan bajet. Lalu mereka tidak tahu ke mana perginya wang mereka setiap bulan.
Bajet membolehkan anda merancang dengan teliti perbelanjaan anda setiap bulan tanpa hilang fokus terhadap jumlah pendapatan yang boleh dibelanjakan. Padankan segala perbelanajaan bagi keperluan utama setiap bulan dan padankan dengan jumlah pendapatan bersih anda.
Setelah lakukan ini, korang mungkin terkejut apabila korang sedar bahawa tidak banyak yang tinggal untuk perkara-perkara lain. Jadi selama ini korang mungkin terlebih belanja sebenarnya. Pada hakikatnya korang mungkin tidak mampu pun untuk membayar latte sebanyak RM12 segelas setiap hari. Tapi ramai tidak sedar, sebab setiap kali korang kekurangan wang di dalam poket, korang  keluarkan saja kad kredit. Senang kan?
Dengan adanya bajet bulanan dan mematuhinya dengan penuh disiplin, korang akan sentiasa sedar sebanyak mana wang yang tinggal untuk dibelanjakan maka korang tidak akan berbelanja sewenang-wenangnya.
Lakukan: Bajet bulanan

2. Berbelanja melebihi pendapatan

Sering kali inilah sebabnya mengapa kita selalu pokai. Puncanya? Tidak melakukan bajet maka tidak menyedari berapa banyak sebenarnya perbelanjaan setiap bulan, DAN tidak mempunyai disiplin untuk mengawal diri dari bersikap boros.
Memang seronok kalau kita boleh memiliki segala apa yang kita ingini. Model smartphone yang terbahru. Jenama handbag terkenal yang dibawa oleh semua celebrity kita sanjungi. Ramai yang tidak mampu memilikinya tetapi mereka fikir mereka mampu kerana mereka boleh membeli menggunakan kad kredit.
Ambil perhatian pesan ini: Jika anda tidak mampu membeli sesuatu dengan tunai, anda sebenarnya tidak mampu memilikinya. Dengan pengecualian rumah atau kereta. Kita memerlukannya tetapi tidak ramai yang mampu membeli secara tunai.
Lakukan: Hiduplah di bawah kemampuan

3. Miliki kehidupan sosial yang mewah

Jika korang menetap di kota, tiada lagi korang dapat nikmati sepinggan nasi ayam berharga 5 ringgit. Kini harga yang kita bayar untuk makan tengahari setiap hari lebih kurang RM10 sepinggan
Kalau korang rasa ini sudah cukup membebankan, realitinya, korang mungkin tidak mampu untuk mengunjungi kafe-kafe hipster yang cool di setiap hujung minggu untuk menikmati kek dan smoothie.
Renungkan sejenak. Adakah korang betul-betul perlu untuk berbelanjakan wang anda ke atas makanan dan minuman di tempat-tempat mahal sebegini? Ataupun korang cuma perlukan gambar baru untuk menghiasi laman sosial media anda seperti Facebook dan Instagram?
Jangan keliru antara keperluan dan kemewahan. Jika tidak mampu, tinggalkan sifat ingin berlebih-lebihan. Carikan alternatif yang lebih berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda.
Lakukan: Kawal diri dari bersifat boros

4. Tidak miliki matlamat kewangan

Sebagai kanak-kanak, kita dibesarkan dengan iba bapa yang sering memberi dorongan untuk miliki cita-cita yang tinggi. Ibu-bapa selalu berpesan kepada anak-anak mereka agar belajar rajin-rajin untuk menjadi doktor, peguam dan jurutera.
Tetapi berapa ramai pula yang berpesan kepada anak-anak mereka bahawa matlamat kewangan yang kukuh juga adalah sama pentingnya?
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai antara kita yang tidak tahu-menahu tentang perancangan kewangan peribadi. Kita hidup kais pagi makan pagi, hari demi hari. Tanpa wang simpanan, rancangan kewangan untuk persaraan, tiada tabung kecemasan, tiada caruman Takaful, dan tiada sebarang jenis pelaburan.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh KWSP, lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan. Malahan, setiap 1 di antara 3 orang rakyat Malaysia tidak pun miliki akaun simpanan!
Masih belum terlambat untuk mulakan perancangan untuk masa depan anda. Mula menabung, belajar tentang pelaburan dan mulakan tabung kecemasan. Perlindungan perubatan adalah amat mustahak jadi jangan abaikannya.
Lakukan: Senaraikan matlamat kewangan anda
5. Tidak celik kewangan
Kalau korang masih lagi membaca artikel ini dan merasai ianya mengena dengan situasi korang, besar kemungkinannya korang buta kewangan.
Korang tidak perlu pun menjadi pakar dalam kewangan. Tiada siapa pun yang suruh anda hafal setiap perkataan dalam buku popular Robert Kiyosaki : Rich Dad Poor Dad. Tapi kalau korang tak tahu pun berapa sebenarnya perbelanjaan keperluan korang setiap bulan, atau berapa interest yang korang dikenakan oleh syarikat kad kredit, korang sebenarnya dalam masalah besar.
Celik kewangan bererti korang memiliki pemahaman tentang kewangan yang membolehkan korang membuat keputusan perancangan kewangan yang bijak. Selain mempunyai kesedaran sentiasa membaiki kedudukan kewangan pada masa ini dan akan datang dengan simpanan dan pelaburan.
Lakukan: Mula membaca tentang perancangan kewangan
 Tiada istilah sudah terlambat dalam usaha mengubah kehidupan. Kalau korang nak lakukan perubahan segara dan memperbaiki kedudukan kewangan korang, ambillah nasihat di sini. 
Atau dapatkan nasihat pakar daripada Financial Advisor yang sedia membantu. Antara tugas financial advisor adalah untuk mengenal pasti kedudukan korang masa ini dan merancang kewangan peribadi korang untuk jangka masa pendek dan panjang.



Selasa, 24 April 2018

7 Minuman Reda Tekanan

Keadaan mencabar di tempat kerja boleh menjadikan kita lebih tertekan. Lebih-lebih lagi, dengan adanya kerja yang menimbun, jadual padat, dan tuntutan kehidupan seharian yang harus dipenuhi. Tatkala korang mengalami stres, tubuh badan juga cenderung mengalami mahupun menjangkiti pelbagai penyakit.

Sebelum keadaan tertekan memburukkan lagi keadaan, korang perlu mengatasinya dengan mengambil langkah-langkah yang perlu. Ini termasuklah melakukan kegiatan kegemaran korang, bahkan mencuba minuman yang membantu menghilangkan tekanan korang seperti di bawah.

Inilah 7 jenis minuman yang boleh korang cuba.

1. NOBLE GARDEN BROWN ROMANCE

Minuman coklat Brown Romance keluaran Gano eWorldwide ini diperbuat daripada serbuk koko yang bermutu tinggi yang ditambah Ganoderma lucidum ke dalamnya. Ia mempunyai manfaat melegakan tekanan, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisma.

2. 'SMOOTHIE' LOBAK MERAH DAN TOMATO

Lobak merah dan tomato adalah sumber serat yang kaya dengan antioksidan bagi meredakan stres. Kedua, minuman ini juga mengandungi vitamin A dan C untuk menangani kesan buruk daripada radikal bebas.

3. 'SMOOTHIE' BETIK

Betik mengandungi zat antioksidan, yang dikenali sebagai karotenoid. Nutrisi ini mampu 
menenangkan tubuh anda dari dalam.

4. TEH DAUN PUDINA

Daun pudina dikenali dengan sifatnya yang antiradang, antioksidan, dan perangsang kesihatan yang berguna bagi menangani stres. Daun pudina juga berguna untuk mengimbangi hormon, meredakan tekanan, dan mengurangkan rasa bimbang.

5. 'SMOOTHIE' BERI BIRU

Kandungan vitamin C dalam buah beri biru dapat meningkatkan respon kekebalan tubuh bagi melawan tekanan.

6. AIR HALIA

Halia mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai gingerol, yang dapat menenangkan tubuh ketika anda berasa tertekan.

7. TEH KAMOMIL

Meminum teh kamomil hangat sangat berkhasiat bagi menghilangkan ketegangan dalam tubuh. Malah minuman ini juga berkhasiat bagi mencegah diri anda daripada serangan insomnia.    

Khamis, 12 April 2018

12 Perkara Yang Anda Perlu Padam Dari Laman Facebook Anda

Laman Facebook adalah laman yang paling berpengaruh di dunia. Namun dalam keseronokan menggunakan laman sosial FB, pengguna disaran supaya berhati-hati dan tidak mendedahkan maklumat atau data peribadi mereka. Demi keselamatan dan kerahsiaan data peribadi, www.msn.com mencadangkan agar pengguna memadam 12 perkara berikut dari akaun Facebook mereka. 1. Tarikh lahir 2. Nombor telefon 3. Kawan yang terlalu ramai (Tak aktif) 4. Gambar kanak-kanak / ahli keluarga yang muda 5. Maklumat persekolahan anak 6. Perkhidmatan lokasi 7. Pengurus anda 8. Hentikan tag lokasi anda 9. Bila dan ke mana anda akan bercuti 10. Status perhubungan anda 11. Maklumat Kad Kredit 12. Gambar ‘Boarding Pass’ Sumber: