Pengurusan kewangan yang tidak berkesan boleh menyebabkan masalah kewangan. Lebih teruk lagi jika kita disahkan muflis. Jadi amat penting kita sedar lebih awal daripada berpura-pura tiada masalah seperti di bawah:
1. Anda selalu pinjam wang dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Pandai pinjam tak reti nak bayar balik.
2. Sering bergaduh pasal wang dengan pasangan. Isteri minta duit untuk beli barang dapur mesti kena tengking balik.
3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji. Jika anda bergaji RM1500, sepatutnya anda mempunyai simpanan kecemasan RM9000.
4. Kerap keluarkan duit dalam ASB atau Tabung Haji. Bila dah keluar tak boleh nak simpan balik. Ada barang kemas pun nak dipajak gadai.
5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang itu sudah menjadi perkara biasa.
6. Tak sabar menunggu gaji. Kalau gaji lambat masuk mulalah gelabah, tengah bulan mula makan Maggi atau makan nasi ulam telur goreng saja.
7. Tidak mampu bayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.
8. Hutang kad kedit semakin bertambah. Senang cerita, anda terlalu bergantung dngan kad kredit.
9. Bayaran balik hutang kad kredit pada had paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tiada, langsung tidak bayar.
10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank. Gali lubang tutup lubang.
Adakah anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Cepat semak. Jika mempunyai masalah kewangan, selesaikannya. Lunaskan hutang yang kecil tanpa membuat membuat hutang baru. Urus wang gaji dengan baik dan berbelanja dengan bijak.
Selain itu, korang juga boleh layari laman sesawang syarikat ini. Mereka ada menawarkan pendapatan lumayan kalau korang join mereka https://www.facebook.com/gewmy/