1) TERDAPAT 140 BAHASA
DITUTURKAN DI MALAYSIA SETIAP HARI
Kira-kira 140 bahasa dituturkan
oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini setiap hari. Sebagai
contoh, Bahasa Cina sahaja terpecah kepada 9 bahasa. Masyarakat di Sabah dan
Sarawak adalah penyumbang terbesar kepada kepelbagaian bahasa di negara ini.
2) MALAYSIA MILIKI LADANG
LINGZHI (REISHI) ORGANIK TERBESAR DI DUNIA
Di Jitra, Kedah, terdapat ladang
dan kilang Lingzhi organik yang terbesar di dunia! Ia dimiliki oleh Syarikat
Gano Excel dan syarikat ini memasarkan pelbagai produk berasaskan Lingzhi
seperti produk kesihatan, kecantikan, minuman dan sebagainya ke lebih 100
negara di seluruh dunia pada setiap tahun.
3) TANAH PERKUBURAN KHAS UNTUK
HAIWAN PELIHARAAN
Di Nirvana Memorial Park, Semenyih,
terdapat Tanah Perkuburan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Pertama di Malaysia. Di
situ terdapat lot-lot tanah bersaiz kecil, sederhana dan besar untuk
mengebumikan anjing dan kucing. Pakej pengebumian turut disediakan.
4) BULATAN JALAN TERBESAR DI
DUNIA TERLETAK DI MALAYSIA
Bulatan jalan
(roundabout) terbesar di dunia adalah terletak di Malaysia. Bulatan dimaksudkan
ialah Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya. Ukuran bulatan
jalan tersebut ialah kira-kira 3.4 km.
5) KLCC MASIH
BANGUNAN BERKEMBAR PERTAMA TERTINGGI DI DUNIA
Burj Khalifah di Dubai kini
diiktiraf sebagai Bangunan Tertinggi Di Dunia. Namun begitu, rakyat Malaysia
masih berbangga kerana Menara Berkembar Petronas adalah Bangunan Berkembar Tertinggi
Di Dunia setakat ini.