Ramai wanita di luar sana buntu apabila mahu membelikan hadiah untuk teman lelaki atau suami tersayang. Mana tidaknya lelaki ini mana boleh beli hadiah 'sweet-sweet' kepada mereka.
Kebanyakkan lelaki suka barang keperluan dan kena dengan hobi mereka, apa mereka suka? Majoriti lelaki memang suka hadiah ini. Jom baca perkongsian akak di bawah.
1. Wallet.
Belikanlah wallet baru untuk dia. Selagi wallet itu tak hancur selagi itulah mereka akan guna. Jenama wallet yang akak cadangkan, Kauffman kat House of Leather. Ada yang RM100++.
2. Perfume
Bukan nak kata mereka berbau, tapi kadang-kadang mereka tak sedar bauan wangi itu penting. Perempuankan suka benda wangi. Setakat ini ada bau yang akak suka, BOSS (RED), Gucci Guilty (Eau De Toilette), Calvin Klein dan Eternity.
3. Tali pinggang
Ini pun sama kes macam wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi itu dia pakai. Beli jenis yang dia pakai.
4. Stokin
Cuba tanya dia, stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin si isteri boleh jaga. Kalau tak?
Kalau rasa lelaki agak buncit, jangan beli slim fit ala-ala kpop. Senak perut dia nanti. Beli regular fit.
6. Baju Melayu
Akak cadangkan Gene Martino. Tapi tahukah anda, mereka ada 100 pilihan warna dan kain yang sedap dipakai?
7. CD/DVD band kesukaannya
Lebih-lebih lagi limited edition punya. Fulamak! Kalau dia dapat, pasti dia rasa nak lambung-lambung awak tau!
8. Earphone
Yang bunyi bass biasanya superb. Kasihanilah dia, earphone original yang datang dengan phone itu dah nak putus dah atau putih dah jadi kuning.
9. External keyboard dan juga mouse
Pertama, design kena gempak. Kedua, hanya gamers yang memahami benda ini. External keyboard is bae, okay!
10. Shaver
Pilih yang paling lawa dalam kedai itu. Percayalah yang shaver sedia ada untuk cukur misai dia dah tumpul tetapi dia masih guna juga.
11. Boxer
Ini kalau awak jenis berani. Akak-akak yang dah kahwin nanti check drawer suami masing-masig ya.
12. Pisau canggih
Awak tahu tak, tak semua lelaki nak masuk dapur. Tetapi kadang-kadang bila masuk dapur, mereka suka pisau untuk dia guna seorang. Tak tahulah jenis nak berangan seperti berada dalam Hell's Kitchen atau apa. Tapi seems like it. So, hadiah itu boleh jadi warning supaya tak gatal tangan sentuh pisau itu.
13. PS4
Kalau duit banyak, nak dia happy macam pergi bulan, PS4 lah, apa lagi? Tapi jangan sedih kalau diketepikan, okay?
14. GoPro
Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada lelaki yang suka berselfie. Bolehlah awak join sekali nanti. Nak acah-acah adventure pun boleh.
15. Buku/Novel/Manga
Sesuai untuk ulat buku. Ushalah dia suka baca apa.
16. Action figure/Collectible items
Diorang nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk menggembirakan dia. Well, kids kan.
17. Sapu tangan
Simple tetapi sangat dikira sebagai mengambil berat. Sejuk hati dia bila panas, dapat lap peluh guna sapu tangan yang awak bagi.
18. Lunch Box
Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware, ada risiko nak hilang. Hihi!
19. Jam tangan
Hampir terlupa. Sesungguhnya lelaki amat suka jam tangan (tak semua). Walaupun boleh tengok jam kat phone, feeling itu lain. Tips nak murah, cari kat Lazada.
20. Backpack
Untuk kaki travel/sport. Decathlon ada yang murah dan berkualiti. Siapa suka barang-barang sport
boleh pergi ke Bandar Sri Damansara.
21. Kasut formal kulit/sukan
Kalau dia pengumpul kasut sukan, rajin-rajin la usha di mana kasut itu dijual. Dia akan retweet la biasanya. Itu hint okay.
22. Jersey
Team bola sepak yang dia suka. Yang original. Dan yang penting, paling latest. Mesti dia pakai tak mahu tanggalkan.
23. Keyholder
Sesuai sekali untuk lelaki berkerjaya yang kena simpan banyak kunci.
24. Tools box
Yang ada screwdriver dan sebagainya.
25. Topi (optional)
Sebabnya, topi dia tak pernah berbasuh. Kalau cicak sesat kat dalam, berbuih mulut dia.